Sunday, February 27, 2011

Moral penyokong UMNO di Merlimau




Gambar ini di rakam pada pernamaan calon di Merlimau Melaka.
Macam inikah moral penyokong UMNO, sungguh eloknya budaya yang dibawa oleh
penyokong UMNO. Apa makna gambar tersebut, seolah-oleh Anuar ada melakukan
liwat terhadap Nik Aziz, bukankah ini satu fitnah yang amat berat.

Untuk ulasan lanjut lihat Albanjari.blogsport.com

Sunday, February 20, 2011

Bila BN hilang Majoriti 2/3 di Parlimen dan DUN

Kampung ku mendapat gelanggang futsal, balai raya baru dan jalan baru, adakah anda semua tahu kenapa berlaku demikian? sedangkan taman perumahan seperti ini sudah 20 tahun disiapkan.

Semua kemudahan ini kita perolehi selepas BN rasa tergugat kerana diberi tentangan hebat oleh Pakatan Rakyat pada PRU ke 12 lalu,sama ada memujuk atau baru nak berkhidmat untuk rakyat.

bukan saja taman di tempat aku saja yang dapat, banyak juga tempat lain yang dapat kemudahan yang sama.

Untuk lebih kemudahan kita mesti memilih untuk mengundi PR pada PRU ke 13.

Satu lagi tawaran Pakatan Rakyat pada PRU ke 13 ialah menghapuskan saman ekor yang telah tertunggak sekiranya PR menguasai pusat.

Tak profesional Azmin Ali

Sudah sampai masanya untuk saya meluahkan rasa tidak puas hati kepada Azmin Ali.

Isu yang cuba dibangkitkan meliputi pengagihan kerusi yang akan di pertandingkan pada PRU ke 13. Apa resionalnya beliau berbuat demikian, adakah beliau merasakan PKR telah betul-betul gagah dan beliau merasakan PKR merupakan parti dominen di dalam Pakatan Rakyat.

Berikutan kekalahan PAS di Galas dan Tenang beliau merasakan PAS tidak kuat dan PKR mampu menggantikan tempat PAS.

Persoalan kekuatan parti dilihat dari aspek:

i. Kesetiaan ahli kepada parti.
ii. Ketaatan ahli dun dan parlimen PAS kepada parti.
iii. Kekuatan jentera parti.

Sepatutnya perkara ini perlu dibuat secara rundingan bukan diselesai di dada akhbar sahaja. Perkara seperti ini akan merugikan Pakatan Rakyat, bagi saya siapa sahaja yang boleh berkerja sama dengan PAS akan saya sokong 100 %, tampa fikir panjang saya akan mengundi calun yang diletakkan atas nama Pakatan Rakyat.

Pada saya keperluan meletakkan calun antara PAS, PKR dan DAP perlu dibuat berdasarkan kajian dan rundingan yang betul, yang penting peluang untuk menang perlu diberi keutamaan.

Jangan buat penyokong Pakatan beralih arah dengan perkara-perkara seperti ini, diharap Azmin Ali lebih peka dan matang di dalam arena politik ini.

Wednesday, February 16, 2011