Sunday, February 20, 2011

Tak profesional Azmin Ali

Sudah sampai masanya untuk saya meluahkan rasa tidak puas hati kepada Azmin Ali.

Isu yang cuba dibangkitkan meliputi pengagihan kerusi yang akan di pertandingkan pada PRU ke 13. Apa resionalnya beliau berbuat demikian, adakah beliau merasakan PKR telah betul-betul gagah dan beliau merasakan PKR merupakan parti dominen di dalam Pakatan Rakyat.

Berikutan kekalahan PAS di Galas dan Tenang beliau merasakan PAS tidak kuat dan PKR mampu menggantikan tempat PAS.

Persoalan kekuatan parti dilihat dari aspek:

i. Kesetiaan ahli kepada parti.
ii. Ketaatan ahli dun dan parlimen PAS kepada parti.
iii. Kekuatan jentera parti.

Sepatutnya perkara ini perlu dibuat secara rundingan bukan diselesai di dada akhbar sahaja. Perkara seperti ini akan merugikan Pakatan Rakyat, bagi saya siapa sahaja yang boleh berkerja sama dengan PAS akan saya sokong 100 %, tampa fikir panjang saya akan mengundi calun yang diletakkan atas nama Pakatan Rakyat.

Pada saya keperluan meletakkan calun antara PAS, PKR dan DAP perlu dibuat berdasarkan kajian dan rundingan yang betul, yang penting peluang untuk menang perlu diberi keutamaan.

Jangan buat penyokong Pakatan beralih arah dengan perkara-perkara seperti ini, diharap Azmin Ali lebih peka dan matang di dalam arena politik ini.

No comments:

Post a Comment